Kelas Asas Microsoft Words
5 Disember 2016 | Aktiviti Terkini
Kelas asas Microsoft Word telah dijalankan di Training Room PI Padang Rengas pada 5 Disember 2016. Kelas disertai oleh 6 orang peserta yang merupakan pelajar dari komuniti berdekatan. Peserta didedahkan dengan penggunaan asas untuk menaip laporan dengan menggunakan Microsoft Word untuk kegunaan di masa hadapan menggunakan format yang betul.
Pertandingan menaip paling banyak patah perkataan turut diadakan untuk menggalakkan mereka supaya lebih cekap untuk menaip. Hadiah serta cenderamata turut diberikan sebagai tanda penghargaan atas semangat mereka hadir ke kelas tersebut. Kelas diadakan dari pukul 3-5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: