Program Kesihatan Remaja dan Warga Emas Peringkat Manong
11 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniTelah berlangsung program Kesihatan Remaja dan Warga Emas di Klinik Kesihatan Manong anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Manong dan PAWE Manong dengan Kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar. NADI telah membuka ‘booth’ bagi pendaftaran menjadi ahli NADI dan juga pendaftaran untuk myID Digital. Terdapat juga beberapa agensi lain yang turut terlibat dalam menjayakan program ini iaitu Tabung Haji, Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Polis dan Jabatan Pertanian. Turut berlangsung Jualan Rahmah untuk pengunjung dan juga jualan produk dari syarikat Adabi. Program ini telah dihadiri oleh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Manong, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin serta penduduk sekitar Manong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: