Kelas Pemasaran Tik Tok Shop
16 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniRakan Digital PEDi telah menjalankan Kelas Tik Tok kepada komuniti dan usahawan yang berminat untuk memperluaskan jualan mereka secara dalam talian seterusnya dapat menjana pendapatan melalui platform Tik Tok Shop. Komuniti dan usahawan yang menyertai kelas ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan untuk membuka akaun tik tok shop dan juga cara membuat tik tok affiliate. Mereka juga turut mendapat tips-tips menjual produk secara dalam talian. Seramai 18 orang peserta telah mengikuti kelas Tik Tok ini. Petugas PEDi turut membantu dan mempelajari penggunaan aplikasi tersebut semasa program berjalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: