Bimbingan Pengisian Borang Permohonan Bantuan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
3 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniStaff PEDi membantu Puan Lenny dan Puan Yusmawati dalam mengisi borang permohonan bantuan peralatan jahitan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ada membuka permohonan untuk usahawan memohon bantuan pembelian peralatan seperti mesin, pengubahsuaian premis perniagaan dan juga modal pusingan bagi memberi sokongan pengukuhan keusahawanan luar bandar (SPKLB). Program ini dapat memberikan pilihan bagi usahawan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi mengembangkan perusahaan.
Puan Lenny dan Puan Yusmawati merupakan tukang jahit dan menjalankan perniagaan jahit telekung dan telekung sulam. Mereka berdua ingin memohon bantuan peralatan mesin jahit sulaman dan juga beberapa bahan yang diperlukan berkaitan jahitan dan telah datang ke PEDi untuk mendapatkan bantuan petugas PEDi bagi mengisi borang permohonan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: