Bimbingan Mengisi Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin Online
11 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPetugas PEDi membantu komuniti mengisi maklumat secara atas talian/online dalam Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia(SPPIM) bagi permohonan kebenaran berkahwin online. Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan perlu melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing – masing.
Borang permohonan tersebut perlu diisi secara atas talian/online serta perlu dicetak dan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) oleh pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: