Kursus Latihan Pengendalian Makanan Online
14 November 2021 | Aktiviti TerkiniTelah dijalankan Kursus Latihan Pengendalian Makanan Online menggunakan aplikasi zoom oleh NZ BUNGA VENTURE TRAINING &CONSULTANT di Pusat Internet Komuniti Padang Rengas dan seramai 8 orang peserta yang terlibat. Tujuan Kursus Latihan Pengendalian Makanan dijalankan ialah untuk memberi kesedaran tentang proses penyediaan makanan yang bersih dan selamat mengikut standard sop yang disediakan KKM kepada para usahawan atau komuniti yang terlibat dengan industri makanan. Hal ini kerana pengendali makanan boleh didenda maksimum RM 10,000 atau 2 tahun penjara jika disabit kesalahan tiada sijil pengendali makanan yang sah. Tahniah diucapkan kepada peserta atau pengendali makanan yang terlibat dan sertai Kursus Latihan Pengendalian Makanan Online untuk mendapatkan sijil pengendali makanan yang sah untuk diri dan perniagaan mereka. Bagi pengendali makanan yang berminat untuk sertai terdapat lagi satu sesi yang akan dijalankan di PIK Pdg Rengas pada 19.11.2021(Jumaat). Anda boleh datang ke PIK Pdg Rengas atau hubungi staff PIK untuk maklumat lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: