Exam/Peperiksaan Cambridge Accessible Test (Cat’s) Fasa 2 Hari: Ahad
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniTujuan Exam/Peperiksaan Cambridge Accessible Test (Cat’s) diadakan adalah untuk menilai tahap pemahaman Bahasa Inggeris selepas menjalani Latihan Cambridge Accessible Test (Cat’s) yang disediakan. Program Cambridge Accessible Test (Cat’s) ini dijalankan untuk membantu ahli Pusat Internet Padang Rengas untuk menguasai dan mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih mudah,cepat,ringkas dan gembira kerana latihan ini dijalankan secara atas talian atau online. Ini memudahkan peserta yang tidak ada masa untuk ke kelas Bahasa Inggeris tetapi ingin mempelajari Bahasa Inggeris.
Latihan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu bawah 16 tahun dan 16 tahun keatas, jadi kedua dua kumpulan akan melalakukan latihan yng berbeza mengikut kumpulan. Peserta juga akan diberikan sijil atas penyertaan dan sijil ini diiktiraf di Malaysia setelah Exam/Peperiksaan Cambridge Accessible Test (Cat’s) diambil. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: