dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Padang Rengas, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Kem Pembestarian ICT Daerah Kuala Kangsar Tahun 2018 (Ceramah Klik Dengan Bijak Di PKG Talang)

11 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu (10/10/2018) Petugas Pusat Internet Daerah Kuala Kangsar telah dijemput sebagai Penceramah Bengkel Kem Pembestarian ICT Daerah Kuala Kangsar Tahun 2018. Peserta yang terlibat ialah pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah Rendah Daerah Talang. Bengkel Kem Pembestarian ICT Daerah Kuala Kangsar Tahun 2018 ini dianjurkan  dengan kerjasama antara Pusat Kegiatan Guru Talang dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

Petugas Pusat Internet yang terlibat perlu memberikan ceramah berkaitan dengan ICT. Para Petugas Pusat Internet Daerah Kuala Kangsar telah memberikan ceramah berkaitan ICT yang dikenali sebagai Klik Dengan Bijak(KDB). Ceramah KDB ini merangkumi pelbagai aspek iaitu dari segi kebaikan serta keburukan penggunaan internet kepada para pengguna terutamanya pelajar sekolah. Selain itu, permainan  dan kuiz berkaitan KBD juga turut dijalankan oleh Petugas Pusat Internet untuk melihat tahap kefahaman pelajar sekolah dalam ceramah KDB yang diberikan oleh Petugas Pusat Internet. Hadiah juga turut diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz serta menyelesaikan permainan yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.