Hari Terbuka Pusat Internet Padang Rengas

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018, Pusat Internet Padang Rengas telah mengadakan Hari Terbuka. Program ini diadakan bagi memperkenalkan Pusat Internet Padang Rengas kepada komuniti penduduk Padang Rengas dan penduduk kampung terdekat.Program ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Kampung Buaia, Padang Rengas iaitu Encik Ahmad Syihan Bin Ahmad Suhaimi.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna kanak- kanak, pirate lucky game,Cat’s Training Program, taklimat Klik Dengan Bijak dan E Waste, taklimat usahawan,pemeriksaan kesihatan (Kospen) dan pameran buku daripada Perpustakaan Awam Padang Rengas .Pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah. Program Hari Terbuka ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan lagi Pusat Internet Padang Rengas kepada masyarakat setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali