Hari Terbuka Pusat Internet Pekan Changkat Jering

24 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2018, Pusat Internet Pekan Changkat Jering telah mengadakan Hari Terbuka. Program ini diadakan bagi memperkenalkan Pusat Internet Pekan Changkat Jering kepada komuniti penduduk Pekan Changkat Jering dan penduduk kampung terdekat.Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Kamunting YB Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan pirate lucky game,taklimat Klik Dengan Bijak dan E Waste, taklimat usahawan oleh MDEC, dan pertandingan jahitan serta pertandingan kahoot online.Pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah. Program Hari Terbuka ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan lagi Pusat Internet Pekan Changkat Jering kepada masyarakat setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali