Bulan Keluarga Kebangsaan & Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Negeri Perak (Ceramah Klik Dengan Bijak)

15 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu (14/11/2018) Petugas Pusat Internet Daerah Kuala Kangsar telah dijemput sebagai Penceramah Bulan Keluarga Kebangsaan & Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Negeri Perak yang diadakan di USAS. Peserta yang terlibat ialah Jabatan Kerajaan Dan Persatuan Pelajar Kaunseling USAS.

Bulan Keluarga Kebangsaan & Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Negeri Perak dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat. Petugas Pusat Internet yang terlibat perlu memberikan ceramah berkaitan dengan ICT. Para Petugas Pusat Internet Daerah Kuala Kangsar telah memberikan ceramah berkaitan ICT yang dikenali sebagai Klik Dengan Bijak(KDB). Ceramah KDB ini merangkumi pelbagai aspek iaitu dari segi kebaikan serta keburukan penggunaan internet kepada para pengguna. Hadiah juga turut diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali