Kursus Asas Pengendalian Makanan

22 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu (21/11/2018) Sekolah Latihan Pengendalian Makanan Sikap Intan telah menjalankan Kursus Asas Pengendalian Makanan di Pusat Internet Padang Rengas. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk menerangkan asas pengendalian makanan yang betul dan tepat kepada para usahawan serta pembantu mereka.

Kursus ini wajib bagi setiap usahawan dalam industri penghasilan dan perkhidmatan makanan, dibawah Akta Makanan 1983 bersama Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Jika pengendali makanan serta pembantu gagal mengahadiri kursus adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan denda sehingga RM 10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Jadi kursus pengendalian makanan ini dalah snagat penting bagi yang berminat untuk terlibat dalam industri penghasilan dan perkhidmatan makanan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali