Cambridge Accessible Test (Cat’s) Fasa 2

05 November 2018 | Aktiviti Terkini

Program Cambridge Accessible Test (Cat’s) Fasa 2 telah dijalankan untuk membantu ahli Pusat Internet Padang Rengas untuk menguasai dan mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih mudah,cepat,ringkas dan gembira kerana latihan ini dijalankan secara atas talian atau online dan sekaligus dapat meningkatkan tahap pemahaman Bahasa Inggeris para peserta.

Ini memudahkan peserta yang tidak ada masa untuk ke kelas Bahasa Inggeris tetapi ingin mempelajari Bahasa Inggeris. Latihan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu bawah 16 tahun dan 16 tahun keatas, jadi kedua dua kumpulan akan melalakukan latihan yang berbeza mengikut kumpulan. Peserta juga akan diberikan sijil atas penyertaan dan sijil ini diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setelah Exam/Peperiksaan Cambridge Accessible Test (Cat’s) diambil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali